Pelbagai Infomasi  berkaitan perkhidmatan di Salon  

Apa itu SPA

Apa itu SPA? SPA berasal dari perkataan “Solus Per Aqua” di dalam bahasa Latin yang bermaksud “kesihatan melalui air”. Lazimnya, SPA dikaitkan dengan ketenangan dan adalah menjadi lumrah atau kemestian, bagi mendapatkan ketenangan, manusia akan mengaitkanya dengan “air”. Dalam perspektif lain, semua perawatan kesihatan tubuh badan dengan menggunakan air juga dikenali sebagai “Hidroterapi”.

Sejarah SPA

Berbalik kepada zaman kegemilangan Kerajaan Rom  3000 tahun yang lalu, mulanya pusat rawatan SPA menggunakan “pancutain air panas semulajadi” digunakan oleh askar – askar untuk merehat dan merawat badan dan luka selepas berperang. Ianya kemudianya mula terkenal dan diubahsuai dan kemudianya wujud banyak pusat SPA yang hanya dikhaskan untuk golongan bangsawan. SPA tertua di Rom masih wujud di Merano, Itali hingga kini dan ia membuktikan pengguna mata air sebagai Hidroterapi semanjak ribuan tahun dahulu.,

Di Bath, England, SPA di katakana sudah wujud sebelum zaman kerajaan Rom dan ianya menggunakan mata air panas semulajadi dengan tahap suhu setinggi 120 darjah (F). Kebanyakan SPA di benua Eropah yang dibina pada kurun ke 18 & 19 dikelilingi dengan pemandangan indah separti gunung dan tasik.

Di Amerika  syarikat, SPA tertua terlatek di Saratoga Fort Springs, New York yang pada asalnya digunakan oleh kaum “Mohawk” Indian di Amerika Utara. Bermula di tahun 1970, SPA telah dikomersilkan dengan menyediakan beberapa kemudahan separti penginapan dan perkhidmatan yang lain.

Manakala di Asia, SPA masih lagi pada peringkat pengenalan dan masih baru dan pembangunan prasarana nya tidak begitu ketara. Namun begitu, telah menjadi amalan masyarkan dia Asia mengunjungi kawasan kawah / mata air panas untuk mandi dan berendam kerana di percayai sumber air panas ini mempunya kelebihan menyembuhkan penyakit.

Kini, pada abad ke-21, masyarakat mula menyedari pentingnya hidroterapi dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mula menjadikan SPA sebagai tempat kunjungan utama. Menurut statistik kadar kunjungan ke SPA di antara wanita dan lelaki adalah 60/40. Moden SPA kini menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada sukan (aerobic, gymnasium) ke rawatan kecantikan hingga ke Hidroterapi.

Asal usul mandi wap

Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali  sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.

Mandi wap tradisional melayu

Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

Kesan mandi wap herba

Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:

Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).  Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Kesan mandi wap herba

Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:

Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kardiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit....

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).  Khasiat – kasiat lain adalah: 

Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan.

Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

 

Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

PENGENALAN RINGKAS URUTAN REFLEKSOLOGI

Urutan Tapak kaki  atau  kaki juga di kenali sebagai Reflexsologi. Adalah di percayai setiap titik di tapak kaki   mempuyai  kaitan dengan organ dalaman tubuh badan. Teori ini mengandaikan bahawa setiap penyakit organ dalaman akan berkaitan dengan urat saraf yang berakhir di hujung tapak kaki.

Setengah penyakit memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tidak semua orang mampu  untuk mendapatkan rawatan percuma dan membiayai kos rawatan masing-masing. Kaedah urutan refleksi ini amat mudah dan murah untuk di pelajari.  Di negara kita anda boleh mempelajarinya  daripada pengamal perubatan yang terkenal seperti di Institiut penyelidikan perubatan Akupunktur di Kelantan.

 KAEDAH RAWATAN REFLEXSOLOGI KAMI 

Sebelum sesuatu urutan dimulakan, kaki anda akan di rendam didalam sebuah bekas berisi air panas yang mengandungi herba selama sepuluh minit. Pengamal urut terapi kami akan menyapukan krim berubat di tapak kaki anda bagi melembabkan dan memberikan sedikit kelicinan ketika urutan.

Buku jari jemari akan digunakan di dalam urutan ini bagi memberi beberapa sentuhan yang keras atau pun  lembut ketika rawatan reflexsologi sedang di lakukan. Teori reflexsologi  menyatakan sekiranya seseorang tidak merasai sebarang kesakitan yang kuat ketika di beri tekanan reflexsi ini menunjukkan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Di Malaysia rawatan reflexsologi sebenarnya sudah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Seni rawatan ini berjaya melancarkan perjalanan darah  dan menyingkirkan toksid dari tubuh badan

KEPENTINGAN URUT REFLEKSI DAN URUTAN KAKI

 Jika perjalanan darah tersekat dan terhalang, kekotoran dan endapan yang ada akan tersumbat di dalam saluran darah.  Maka organ tubuh badan akan terganggu dan kita boleh terkena penyakit.

Salah satu punca seseorang terkena penyakit kaki adalah disebabkan tersekatnya pengaliran darah pada anggota organ tubuh seseorang.  Melalui picitan dan urutan di 60 tempat titik akupunktur di kawasan tapak kaki beberapa penyakit tertentu dapat di pulihkan seperti senggal-senggal sendi, selesma dan sakit kepala dan sebagainya.

Dengan mengambil pendekatan yang sederhana iaitu dengan menggabungkan urut refleksi dan urutan kaki secara tradisional beberapa penyakit kaki dapat di sembuhkan dengan segera.