i-Getz Global Network (026623-T)

Peluang Rakan Niaga

 

Utama

Produk

Perkhidmatan

Rakan Niaga

Hubungi Kami

 

Peluang Keusahawanan sebagai Rakan Niaga Maicare.

Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan Keusahawanan sebagai kerjaya di Bidang Kecantikan. Program Rakan Niaga Maicare menjanjikan peluang kerjaya dan bimbingan berterusan bersama Maicare dengan sokongan Kementerian Keusahawanan dan Koperasi Malaysia, MARA serta Yayasan Tekun Malaysia.

I-Getz Global Network telah dilantik sebagai Wakil dan Pengedar Produk Maicare bagi Sabah,Sarawak, Labuan dan Negara Brunei sejak April tahun 2007. Ianya merangkumi Program bagi Rakan Niaga Maicare untuk setiap daerah di sekitar negeri negeri tersebut di atas.

Program Rakan Niaga Maicare

Program ini menawarkan pelbagai peluang menarik mengikut keperluan dan pilihan anda. Setiap peserta akan diberikan latihan dan bimbingan yang diperlukan untuk menjayakan usahaniaga yang diceburi bersama Maicare. Pihak Maicare juga akan membantu anda sekiranya memerlukan modal permulaan dengan bantuan Pinjaman yang disediakan oleh Yayasan Tekun Nasional. Maicare telahpun menandatangani satu MOU dengan Yayasan Tekun bagi menjayakan program ini. Ianya akan dapat memudahkan anda mencapai impian anda untuk memiliki Salun Kecantikan anda sendiri dalam masa yang singkat. 

Program Rakan Niaga yang kami ditawarkan bersama Maicare adalah seperti berikut:
 Maicare Cotttage adalah program Rakan Niaga untuk:
  • Bumiputra  berumur 18-60 tahun,
  • Berminat  memulakan perniagaan secara mobile atau kiosk,
  • Berminat menambahkan dan memperkembangkan perniagaan,
  • Berminat menghadiri kursus keusahawanan dan latihan kemahiran selama 3 hari,
  • Berpeluang mendapat pembiayaan daripada TEKUN sehingga RM5,000.00.              (Pembiayaan ini adalah tertakluk kepada kelayakan)
 Maicare Shopper adalah program Rakan Niaga untuk:
  • Bumiputra  berumur 18-60 tahun,
  • Anda yang mempunyai Ruang Niaga,
  • Berminat memperkembangkan perniagaan,
  • Berminat menghadiri kursus keusahawanan dan latihan kemahiran selama seminggu,
  • Berpeluang mendapat pembiayaan daripada TEKUN sehingga RM10,000.00.         (Pembiayaan ini adalah tertakluk kepada kelayakan)
Maicare Shopper Salon adalah Program Rakan Niaga untuk:
  • Bumiputra  berumur 18-60 tahun,
  • Berminat  membuka salon secara skala kecil,
  • Anda yang mempunyai cadangan atau sudah ada ruang kedai,
  • Ingin memiliki barangan dan asas peralatan salon
  • Berminat memperkembangkan perniagaan
  • Ingin memiliki perniagaan dengan menggunakan jenama 'Maicare Shopper Salon"
  • Berminat menghadiri kursus keusahawanan dan latihan kemahiran selama seminggu,
  • Berpeluang mendapat pembiayaan daripada TEKUN sehingga RM15,000.00.      (Pembiayaan ini adalah tertakluk kepada kelayakan)

      

Terkini!!

Sertailah program "Maicare Mobile"

Dengan modal hanya RM380.00 anda kini boleh menjadi rakan niaga "Maicare Mobile" dan berpeluang mendapat diskaun 25% untuk pembelian seterusnya serta mendapat insentif pulangan  dari MAICARE. Latihan percuma juga akan diberikan untuk rakan niaga MAICARE MOBILE .

Jangan Lepaskan Peluang Hebat ini!!!

Hubungi kami sekarang.: i-Getz Global Network


Copyright ©2007-2008  i-Getz Global Network  (026623-T) ALL RIGHTS RESERVED